Adolf Hitler 1945

Adolf Hitler telah dilahirkan disebuah rumah penampungan "Braunau am" di Austria dan merupakan keturunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai Bea Cukai sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dalam hal Pendidikan dan tidak begitu menggemari kota Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari kota Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna.
Ketika Perangan Dunia Pertama  meletus, Hitler ikut serta sebagai penghantar / kurir dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terlibat dalam 48 pertempuran dan pernah cedera dan juga terkena gas beracun. Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di rumah sakit. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.
Hitler pernah menjadi seorang Intelijen tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktivitas Partai Pekerja German. Disini Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudian berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi Pengurus Dalam Partai Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudian mengganti nama Partai Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun partai Nazi. Perlahan-lahan partai Nazi terbentuk dengan logo swastika, membentuk pasukan Penguasa yang dikenali sebagai 'storm troopers' dan anti Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan 'putsch' kudeta kuasa di Munich tetapi gagal. Akibatnya, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan ketika ia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.
Hitler kemudian menggunakan kemampuannya berpidato sebagai langkah untuk menjadi ketua partai, dan mengganti nama menjadi partai Nazi 'National Socialist German Labour Party'. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam. Pada tahun 1929 partai Nazi menjadi pemenang mayoritas dalam pemilu di kota Coburg, dan kemudian memenangi pemilu daerah Thuringia.  Berawal pada tahun 1928, Nazi memenangi pemilu di daerah - daerah secara kontiniu. Dalam Pemilihan parlimen Reichstag 1928, partai Nazi memenangi 809,000 Suara. Pada tahun 1930, partai Nazi memenangi 6,401,016 Suara untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat mayoritas, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler.
Selain itu, dukungan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk keterpurukan ekonomi yang mengakibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan masa lalu.
Kemusnahan Ekonomi Jerman akibat inflasi tahun 1929 - 1934 dan jumlah pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi bangkrut. Sepanjang tahun 1930 sampai 30 Januari 1933, Pemilih partai Nazi meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri 'Chancellor'.  Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives"  Hitler membunuh semua penentangnya dalam partai Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera  baru yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman 'German Labour Corps' dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di kemah tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokong penuh semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler dan partai Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman dengan pencapaian hebatnya. Partai Nazi terus menerima sokongan umum walaupun Komunis menolak tuduhan partai Nazi bahawa ia merupakan partai yang mementingkan orang ramai 'sosialis'. Partai Nazi telah membangun jalan raya sepanjang 1,500 km , menjanjikan rencana kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk pekerja, termasuk rancangan pembangunan negara Jerman yang hebat. Setelah mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi sokongan kepada Hitler.
Polisi negara Hitlertelah memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan menunjukkan kekuatan militer Jerman, Hitler merampas daerah Saar, Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berniat untuk mendirikan Reich Ketiga 'Persekutuan Ketiga' seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama Empire Roman Suci pada 962 - 1806, Reich Kedua pada 1817 - 1918. Dengan itu, dalam satu perjumpaan pada 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, bersama Perdana Menteri Neville Chamberlain dari
Great Britain; Premier Edouard Daladier dari France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler menghapuskan Perjanjian Versailles.
Hitler kemudiannya menakluki Austria dan pada musim panas dan awal musim Gugur Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia, Eduoard Bones sebagai orang buangan dari negara yang pernah dibentuk olehnya. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler berjaya berbuat sesuka hati di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan kemudian Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan Perancis sudah bosan dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan martabat "peace with honor" yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoalkan dan memberi peringatan efek buruk tentang polisi yang memuaskan hati Hitler. Dikalangan rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani perjanjian Munich.
Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan militer Jerman dan pada akhir tahun 1938, Hitler telah berhasil menguasai  10,500,000 orang (7,000,000 Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai pemerintah mutlak yang paling berbahaya diseluruh dunia pada masa itu.
Pengaruh Hitler melampaui perbatasan Jerman dan negara-negara tetangga yang kecil seperti Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg, Belanda 'Netherland' bimbang untuk membantah perlakuan Hitler. Partai Nazi terlibat langsung di Sepanyol, menumpas pemberontakan di Brazil, dan membantu kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktivitas Hitler mendapat tantangan hebat dari pencinta kebebasan dan partai Nazi menggangap ia sangat berbahaya kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels  melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis "Down with Communism!". Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang partai Nazi. Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-tanduk Nazi memilih meninggalkan Jerman. Mereka termasuk kaum Yahudi, liberal, konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk beranak.
(image placeholder)Awal mula kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, ia mendapat sokongan dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara menyelamatkan perdagangan mereka yang sekarat. ketika mereka berjaya  mendapatkan kepercayaan Nazi bahawa individual milik negara mula dikenakan kepada perdagangan. Separuh Perdagangan dirampas, sementara yang lain dikenakan cukai modal dan keuntungan dikawal dengan ketat. Untuk memberi gambaran jelas tentang pengawasan pemerintah keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan 80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada kerajaan.
Ketika Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000 orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler coba mengalihkan perhatian rakyat Jerman masalah tersebut dengan meminta menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar atau yang tersembunyi. Sungguhpun begitu, dalam tempo lima tahun, Hitler berjaya meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk membina senjata modern seperti angkatan Lapis Baja, angkatan kapal selam, konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan Perjanjian ketenteraan dengan Jepun dan Turki.
Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada Desember 1941. Hitler mengkelabuhi cara  para jeneral merencankan perang dan terlalu mempercayai kepada kekuatan senjata rahasia, pada ramalan kaji bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudian mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945.

0 komentar:

Posting Komentar